Saturday, 17 September 2011

Very Emotional Dua by Sheikh Hani Ar-Refai.. P1



Mari kita ambik peluang bila rasa sedih utk merintih padaNYA . . . . kerana kita tidak sempurna dan tidak lari melakukan kesilapan . . .  SubhanAllah . . .What a dua . . . I will never forget this night . . It will keep you cry for hours  SubhanAllah . . .

Please Spread the WORD: AGAMA YATIM . . .
by Hamden Bolly on Friday, September 16, 2011 at 5:08pm

Wahai manusia sesunguhnya agama Allah hari ini telah jadi YATIM, jangan kita terlepas pandang dengan hakikat ini????????? Wahai manusia apa ertinya agama minta tolong??? atau tolonglah agama???   Itulah yang dinamakan yatim!!!

1. Memberi Salam menjadi kehairanan bagi umat Islam

2. Suami menjaga Isteri dan anak bermati-matian tanpa memperdulikan agamaAllah

3. Perempuan membuka aurat dianggap biasa

4. lelaki perempuan bergual bebas dianggap biasa

5. Banyak hal agama diketepikan contohnya amalan-amalan RIBA berleluasa malah digalakkan . . .

INGATLAH: hadis menyebut 999 dari 1000 anak cucu Adam akan menjadi ahli neraka dan hanya 1 sahaja yang berjaya memasuki syurga. MaaSyaaAllah!

99.9 peratus penduduk dunia ini adalah manusia yang akan disiksa di akhirat, "999 dari 1000 manusia dimuka bumi ini adalah yakjuj dan makjuj", kata Rasulullah Sallallaahu`Alayhi-waa-Sallam, Alangkah besarnya kerosakan ini, kerosakan akidah adalah kerosakan yang paling parah dan trajis, mengheret ramai manusia ke neraka.

Allah Subhanahuwataala telah berjanji menyediakan neraka untuk manusia yakjuj dan makjuj ini. Mereka telah rosak (agamanya) dan cuba merosakkan orang lain pula melalui kepercayaan baru yg mereka anuti dipanggil: Sains dan Teknologi . . .

Wahai manusia pada waktu itu, penduduk DUNIA hanyalah sekitar 7 juta orang sahaja atau mungkin kurang dari jumlah tersebut. Kiraan dibuat perdasarkan perangkaan yang ada pada hari ini, jumlah penduduk dunia dianggarkan sebanyak 6.7 billion orang. Kadar pertambahan yang direkodkan ialah melebihi 2.0% setahun (lebih kurang 160 juta). Jika kita ambil kiraan dari perangkaan ini, bilangan penduduk bumi hanyalah 7 juta orang sahaja. (0.1% dari jumlah 7 billion).

Fikir-fikirkanlah dengan perhitungan ini, sesungguhnya Allah Subhanahuwataala yang Maha penghitung . . .

hambaAllah, hamdenbolly.



UMATi 'Law Kaana Bainana' . . .


Khutbah Terakhir Nabi Muhammad Rasulullah Sallalla-hu-Alayhi-was-Sallam.


Kutbah ini disampaikan pada 9 Zulhijah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah.

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kata ku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap muslim sebagai amanah suci.

Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Jangan kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.

Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.

Allah telah mengharamkan riba (kezaliman atau Penindasan), oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.

Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarkanlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan!, dan tunaikan zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadat haji sekiranya kamu mampu.

Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak akan ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.

Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kata ku yang telah aku sampaikan kepada kamu.

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al Quran dan Sunnah ku.

Hendaknya orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.

Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah ku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hambaMU




Last Sermon Of Prophet Muhammad Sallalla-hu-Alayhi-was-Sallam. Kutbah were presented at the 9th of Dhul-Hijjah 10 AH in the Valley Of the Year Uranah, Mount Arafat.
O people, listen carefully to what I said. I do not know if I can meet you again after this year. So listen carefully my words and give it to those who can not be here today.


O People, just as you regard this month, and this city as sacred, so regard the life and property of every Muslim as a sacred trust.

Return the goods entrusted to you to their rightful owners.
Do not hurt anyone so that others can not hurt you again.
Remember that you will find the Lord and He will make a calculation on all deeds.

He has forbidden usury (R i b a), therefore all matters involving the Riba canceled for now.

Beware of Satan for the safety of your religion.

He gave up lead you astray in big things, so be vigilant that you do not follow him in small things.

O people, as you have rights over your wives, they also have rights over you. If they abide by their right over you, they are also entitled to be fed and clothed in kindness.

Do treat your women well, be kind to them because they are your partners and committed helpers. And your right was that they simply can not include people who you do not like in your house and commit adultery.

O people, listen to hard words, worship Allah, establish regular prayer five times a day, fast in Ramadan!, And the charity of your wealth. Hajj pilgrimage if you can afford.

Know that every Muslim is a brother to other Muslims. You all are the same, no one is nobler than anything else, except in piety and good deeds.

Remember that you will be with God one day to responsible above all what you did. So beware that you never deviated from the path of righteousness after I am gone.

O People, no prophet and apostle will come after me and no new faith will be born.

Therefore, O man, measure and understand my words which I convey to you.

I leave behind me two things, that if you hold fast and follow both, you will never get lost forever. That the Qur'an and my Sunnah.

Let those who hear my words, convey to others is the last hope to better understand my words from those who continue to hear from me.

Bear witness, O Allah, have I conveyed that message to thy slaves.