Mari kita ambik peluang bila rasa sedih utk
merintih padaNYA . . . . kerana kita tidak sempurna dan tidak lari melakukan
kesilapan . . . SubhanAllah . . .What a dua . . . I will never forget
this night . . It will keep you cry for hours SubhanAllah . . .
Please Spread the WORD: AGAMA YATIM . . .
by Hamden Bolly on Friday,
September 16, 2011 at 5:08pm
Wahai manusia sesunguhnya agama Allah hari ini
telah jadi YATIM, jangan kita terlepas pandang dengan hakikat ini?????????
Wahai manusia apa ertinya agama minta tolong??? atau tolonglah
agama??? Itulah yang dinamakan yatim!!!
1. Memberi Salam menjadi kehairanan bagi umat
Islam
2. Suami menjaga Isteri dan anak bermati-matian
tanpa memperdulikan agamaAllah
3. Perempuan membuka aurat dianggap biasa
4. lelaki perempuan bergual bebas dianggap biasa
5. Banyak hal agama diketepikan contohnya amalan-amalan RIBA berleluasa malah digalakkan . . .
INGATLAH: hadis menyebut 999 dari 1000 anak cucu
Adam akan menjadi ahli neraka dan hanya 1 sahaja yang berjaya memasuki syurga.
MaaSyaaAllah!
99.9 peratus penduduk dunia ini adalah manusia
yang akan disiksa di akhirat, "999 dari 1000 manusia dimuka bumi ini
adalah yakjuj dan makjuj", kata Rasulullah Sallallaahu`Alayhi-waa-Sallam,
Alangkah besarnya kerosakan ini, kerosakan akidah adalah kerosakan yang paling
parah dan trajis, mengheret ramai manusia ke neraka.
Allah Subhanahuwataala telah berjanji
menyediakan neraka untuk manusia yakjuj dan makjuj ini. Mereka telah rosak
(agamanya) dan cuba merosakkan orang lain pula melalui kepercayaan baru yg
mereka anuti dipanggil: Sains dan Teknologi . . .
Wahai manusia pada waktu itu, penduduk DUNIA
hanyalah sekitar 7 juta orang sahaja atau mungkin kurang dari jumlah tersebut.
Kiraan dibuat perdasarkan perangkaan yang ada pada hari ini, jumlah penduduk
dunia dianggarkan sebanyak 6.7 billion orang. Kadar pertambahan yang direkodkan
ialah melebihi 2.0% setahun (lebih kurang 160 juta). Jika kita ambil kiraan
dari perangkaan ini, bilangan penduduk bumi hanyalah 7 juta orang sahaja. (0.1%
dari jumlah 7 billion).
Fikir-fikirkanlah dengan perhitungan ini,
sesungguhnya Allah Subhanahuwataala yang Maha penghitung . . .
UMATi 'Law Kaana Bainana' . . .
Khutbah Terakhir Nabi Muhammad Rasulullah Sallalla-hu-Alayhi-was-Sallam.
Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kata ku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan
ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap muslim
sebagai amanah suci.
Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu
kepada pemiliknya yang berhak.
Jangan kamu sakiti sesiapapun agar orang lain
tidak menyakiti kamu lagi.
Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui
Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.
Allah telah mengharamkan riba (kezaliman atau
Penindasan), oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai
sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan
agama kamu.
Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu
dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya
dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak
atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka
menyempurnakan hak mereka keatas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi
makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.
Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,
berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan
pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali
tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan
dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarkanlah bersungguh-sungguh
kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari,
berpuasalah di bulan Ramadan!, dan tunaikan zakat dari harta kekayaan kamu.
Kerjakanlah ibadat haji sekiranya kamu mampu.
Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara
kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorangpun yang lebih
mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.
Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada
suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu
kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari
landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak akan ada lagi Nabi dan
Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.
Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul
dan fahamilah kata-kata ku yang telah aku sampaikan kepada kamu.
Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua
perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya,
nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al Quran dan Sunnah ku.
Hendaknya orang-orang yang mendengar ucapanku,
menyampaikan pula kepada orang lain semoga yang terakhir lebih memahami
kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.