Thursday, 30 June 2011

INGATLAH: SEJARAH AWAL MUHARRAM/MAAL HIJRAH

In the Name of Allah. The Most Beneficent, the Most Merciful   
{ لكل نبأ } خبر { مستقر } وقت يقع فيه ويستقر ومنه عذابكم { وسوف تعلمون } تهديد لهم .
God Almighty says in the Holy Quran: Every news has its appointed time (which is a term), and you know it. (Firman Allah Taala: Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya. (6: 67)


_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _


SEJARAH AWAL MUHARRAM/MAAL HIJRAH

Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram Ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.

KISAH HIJRAH

RASULULLAH Shall-Allahu-Alayhi-wa-Sallam berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail Alaihis Salam melawat baginda ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad Shall-Allahu-Alayhi-wa-Sallam, baginda diangkat oleh Allah Subhanahuwataala sebagai rasul untuk seluruh umat manusia. Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima perintah daripada Allah Subhanahuwataala supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera akur.


Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk. Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah Shall-Allahu-Alayhi-wa-Sallam mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah. Satu hari pada tahun 622M, iaitu kira-kira 12 tahun selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah Shall-Allahu-Alayhi-wa-Sallam diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam.

Rasulullah menunggu perintah daripada Allah Subhanahuwataala. Malaikat Jibrail Alaihis Salam menemui baginda untuk memberitahunya Allah Subhanahuwataala mengarahkan baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam. Berikutan itu, baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq Radhiyallahu Anhu dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan itu.

Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib Radhiyallahu Anhu. Baginda memberitahunya: “Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya di rumah.” Ali Radhiyallahu Anhu tanpa banyak soal menuruti permintaan Rasulullah Shall-Allahu-Alayhi-wa-Sallam walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya. Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah Shall-Allahu-Alayhi-wa-Sallam. Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah Shall-Allahu-Alayhi-wa-Sallam. Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali Radhiyallahu Anhu dan bukannya Rasulullah Shall-Allahu-Alayhi-wa-Sallam bangun dari katil itu. Mereka terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah Shall-Allahu-Alayhi-wa-Sallam keluar dari rumah itu. Rasulullah Shall-Allahu-Alayhi-wa-Sallam dan Abu Bakar Radhiyallahu Anhu keluar dari Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakar, Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah.

Rasulullah Shall-Allahu-Alayhi-wa-Sallam dan Abu Bakar bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama 3 hari mereka berada dalam gua itu. Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah Shall-Allahu-Alayhi-wa-Sallam tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah Shall-Allahu-Alayhi-wa-Sallam dan Abu Bakar Radhiyallahu Anhu tidak berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati.

Allah Subhanahuwataala. membantu 2 insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah. Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah Shall-Allahu-Alayhi-wa-Sallam dan Abu Bakar Radhiyallahu Anhu meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka, Abdullah.

Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah Subhanahuwataala. Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah Shall-Allahu-Alayhi-wa-Sallam. Mereka menawarkan hadih kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah Shall-Allahu-Alayhi-wa-Sallam. Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal. Akhirnya dengan perlindungan Allah Subhanahuwataala, Rasulullah Shall-Allahu-Alayhi-wa-Sallam dan sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah Shall-Allahu-Alayhi-wa-Sallam dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan. Ketika Rasulullah Shall-Allahu-Alayhi-wa-Sallam dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu.

Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah Shall-Allahu-Alayhi-wa-Sallam. Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah. Maka pada hari Isnin 8 Rabiulawal bersamaan 20 September 622M, Rasulullah Shall-Allahu-Alayhi-wa-Sallam akhirnya tiba di Quba, sempadan Madinah dan benar-benar masuk ke Kota Madinah pada 12 Rabiulawal, hari Jumaat dan mendirikan solat Jumaat yang pertama di Kampung Bani Amar. Kaum Muslimin semua keluar untuk menyambut baginda. Bertitik tolak dari itu, Rasulullah Shall-Allahu-Alayhi-wa-Sallam mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah Subhanahuwataala.

Kesan daripada penghijrahan Rasulullah Shall-Allahu-Alayhi-wa-Sallam dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan tahun peristiwa bersejarah ini sebagai tahun permulaan kalendar Islam.

PERISTIWA PENTING DALAM MUHARAM


1. 1 Muharam – Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).


2. 10 Muharam – Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam Juga telah berlaku:

1. Nabi Allah Adam Alaihis Salam bertaubat kepada Allah.

2. Nabi Allah Idris Alaihis Salam diangkat oleh Allah ke langit.

3. Nabi Allah Nuh Alaihis Salam diselamatkan Allah keluar dari bahteranya sesudah bumi ditenggelamkan selama 6 bulan.

4. Nabi Allah Ibrahim Alaihis Salam diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.

5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Allah Musa Alaihis Salam.

6. Nabi Allah Yusuf Alaihis Salam dibebaskan dari penjara.

7. Penglihatan Nabi Allah Yaakob Alaihis Salam yang kabur dipulihkkan Allah.

8. Nabi Allah Ayub Alaihis Salam dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.


9. Nabi Allah Yunus Alaihis Salam selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.

10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Allah Musa Alaihis Salam dan pengikutnya dari tentera Firaun.

11. Kesalahan Nabi Allah Daud Alaihis Salam diampuni Allah.

12. Nabi Allah Sulaiman Alaihis Salam dikurniakan Allah kerajaan yang besar.

13. Hari pertama Allah menciptakan alam.

14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.

15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.

16. Allah menjadikan ‘Arasy.

17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.

18. Allah menjadikan alam.

19. Allah menjadikan Malaikat Jibril Alaihis Salam.

20. Nabi Allah Isa Alaihis Salam diangkat ke langit.


  _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _




100Tokoh Menurut Michael H.Hart

Peringkat       Nama  Pengaruh


1 Nabi Muhammad  Penyebar agama Islam, penguasaArabia, mempunyai karir politik dan keagamaan yang luar biasa, namun tetap seimbang dan serasi, mengakibatkan Nabi Muhammad memiliki banyak pengikut, dan juga menjadi panutan seluruh masyarakat dunia hingga saat ini.

2 Isaac Newton         Fisikawan, pencetus Teori Gravitasi umum, Hukum gerak

3 Yesus/Nabi Isa     Isa Al MasihKristen

4 Siddhartha Gautama(Buddha)    Pendiri agamaBuddha

5 Kong Hu Cu           Pendiri agamaKong Hu Cu

6 Santo Paulus          Penyebar ajaranKristen

7 Ts’ai Lun     Penemu kertas

8 Johann Gutenberg  Mengembangkan mesin cetak, mencetak Alkitab

9 Christopher Columbus     Penjelajah, memimpin orang-orang Eropa ke Amerika

10  Albert Einstein    Fisikawan, penemuTeori Relativitas

11  Louis Pasteur       Ilmuwan, penemu Pasteurisasi

12  Galileo Galilei     Astronom, secara akurat mengemukakan teori Heliosentris

13  Aristoteles            Filsuf Yunani yang berpengaruh

14  Euklides   Matematikawan, membuktikan tentang Geometri

15  Nabi Musa           Nabi terbesar Yahudi

16  Charles Robert Darwin  Biologis, mendeskripsikan teori Evolusi

17  Kaisar Qin Shi Huang    Kaisar Tiongkok

18  Augustus Caesar (Kaisar Agustus)       Kaisar pertama [Kekaisaran Romawi]

19  Nicolaus Copernicus      Astronom, salah satu tokoh Teori Heliosentris

20  Antoine Laurent Lavoisier         Bapak Kimiamodern, Filsuf dan Ekonom

21  Konstantin yang Agung Kaisar Romawi yang menjadikan agama Kristen sebagai agama resmi negara

22  James Watt         MengembangkanMesin uap

23  Michael Faraday            Fisikawan, Kimiawan, menemukan Induksi Elektromagnetik

24  James Clerk Maxwell    Fisikawan, penemu Spektrum Elektromagnetik

25  Martin Luther     Pendiri agama Protestan dan aliran Lutheran

26  George Washington       Presiden pertama Amerika Serikat

27  Karl Heinrich Marx       Bapak Komunisme

28  Orville Wright dan Wilbur Wright      Penemu Pesawat terbang

29  Jengis Khan         Penakluk dari bangsa Mongol

30  Adam Smith        Ekonom, peloporKapitalisme

31 Edward de Vere, 17th Earl of Oxford    Kemungkinan menulis karya yang berkaitan dengan William Shakespeare

32  John Dalton    Kimiawan, Fisikawan, penemu Teori Atom, Hukum TekananParsial (Hukum Dalton)

33  Alexander yang Agung/Iskandar Zulkarnain           Penakluk dari Makedonia

34  Kaisar Napoleon Bonaparte       Penakluk dari bangsa Perancis

35  Thomas Alva Edison      Penemu bola lampudan Fonograf, dll.

36  Antony van Leeuwenhoek          Ahli Mikroskop, mempelajari kehidupan mikroskopis

37  William Thomas Green Morton           PeloporAnestesiologi

38  Guglielmo Marconi        Penemu Radio

39  Adolf Hitler         Penakluk, memimpin Blok Poros dalamPerang Dunia II

40  Plato        Filsuf Yunani

41  Oliver Cromwell Politikus Inggrisdan pemimpin militer

42  Alexander Graham Bell  Salah seorang penemu Telepon

43  Alexander Fleming       Penemu Penisilin, memajukanBakteriologi, Imunologi dan Kemoterapi

44  John Locke          Filsuf dan Teologliberal

45  Ludwig van Beethoven   Komponis musik klasik

46  Werner Karl Heisenberg           Pencetus Prinsip Ketidakpastian

47  Louis-Jacques-Mandé Daguerre           Penemu/peloporFotografi

48  Simon Bolivar      Pahlawan nasional dari Venezuela, Kolombia, Ekuador, Peru, dan Bolivia

49  René Descartes   Filsuf Rasionalis dan matematikawan

50  Umar bin al-Khattab     Khalifah Ar-Rasyidin kedua, memperluas Daulah Khilafah Islamiyah

51  Paus Urbanus II  Penyeru Perang Salib

52  Michelangelo Buonarroti           Pelukis, pematung, arsitek

53  Asoka       Raja India yang masuk dan mengembangkan agama Buddha

54  SantoAugustinus            Teolog Kristen awal

55  William Harvey  Penemu sirkulasi darah

56  Ernest Rutherford, 1st Baron Rutherford of Nelson   Fisikawan

57  Yohanes Calvin   Tokoh Reformasi Gereja, pendiri Calvinisme

58  Gregor Johann Mendel   Penemu teori genetika

59  Max Karl Ernst Ludwig Planck           Fisikawan, mengemukakan Termodinamika

60  Joseph Lister, 1st Baron Lister   Pelaku penemuan Antiseptik yang secara besar mengurangi kematian akibat pembedahan

61  Nikolaus August Otto    Penemu mesin pembakaran 4 tak

62  Francisco Pizarro           Penakluk dari bangsa Spanyol yang menaklukkan Kerajaan Inka di Amerika Selatan

63  Hernando Cortes            Penakluk dari bangsa Spanyol yang menaklukkan Meksiko

64  Thomas Jefferson            Presiden ketiga AS

65  Ratu Isabella I    Penguasa Spanyol, penyokong Cristopher Colombus

66  Joseph Stalin       Tokoh revolusioner dan penguasa Uni Soviet

67  Julius Caesar       Penguasa Roma

68  Raja William I sang Penakluk Meletakkan pembangunan Inggris modern

69  Sigmund Freud   Pendiri sekolah Freud untuk psikologi, ahli psikoanalisis

70  Edward Jenner    Penemu vaksin cacar

71  Wilhelm Conrad Roentgen        Penemu sinar X

72  Johann Sebastian Bach  Komponis

73  Lao Tzu    Pendiri Taoisme

74  Voltaire    Penulis dan filsuf

75  Johannes Kepler  Astronom penemu Hukum Kepler tentang pergerakan planet

76  Enrico Fermi       Salah satu tokoh abad atom, Bapak Bom Atom

77  Leonhard Euler    Fisikawan, matematikawan penemu Kalkulus Diferensial dan Integral serta Aljabar

78  Jean-Jacques Rousseau  Filsuf dan pengarang Prancis

79  Niccolò Machiavelli      Penulis Sang Pangeran (risalat politik yang berpengaruh)

80  Thomas Robert Malthus           Ekonom penulis Esai Prinsip Populasi dalam Pengaruhnya pada Kemajuan Masa Depan pada Masyarakat

81  John Fitzgerald Kennedy           Presiden AS yang mendirikan “Program Luar Angkasa Apollo”

82  Gregory Goodwin Pincus          Endokrinolog, menemukan pil KB

83  Mani (en)            Nabi Iran abad ke-3, Pendiri Manicheanisme

84  Lenin        Tokoh revolusioner dan pemimpin Rusia

85  Kaisar Sui Wen  Menyatukan Tiongkok, pendiri Dinasti Sui

86  Vasco da Gama   Navigator, penemu rute pelayaran Eropa ke India

87  Raja Cyrus yang Agung Pendiri kekaisaran Persia

88  Tsar Peter yang Agung   Mendekatkan Rusia kepada Eropa

89  Mao Zedong        Bapak Maoisme, komunisme Tiongkok

90  Sir Francis Bacon           Filsuf, menggambarkan secara induktif metode ilmiah

91  Henry Ford          Pembuat mobil model T

92  Meng Tse Filsuf, pendiri sekolah Konfusianisme

93 Zarathustra          Pendiri Zoroastrianisme

94  RatuElizabeth I  Ratu Inggris, memperbaiki Gereja Inggris setelah Ratu Mary

95  Mikhail Sergeyevich Gorbachev          Perdana Menteri Rusia yang mengakhiri Komunisme di Uni Soviet dan Eropa Timur

96  Raja Menes         Menyatukan Mesir Atas dan Mesir Bawah

97  KaisarCharlemagne       Kaisar Romawi Suci

98  Homer      Penyair epik

99  KaisarJustinianus I        Kaisar Romawi, menaklukkan kembali kekaisaran Mediterania

100 Mahavira            Pendiri Jainisme


Tokoh-tokoh Terhormat

Nama  Pengaruh

St. Thomas Aquinas Filsuf Kristen awal yang berpengaruh

Archimedes    Matematikawan dan insinyur besar Yunani kuno

Charles Babbage       Matematikawan dan penemu pelopor Komputer

Kaisar Khufu(Cheops)        Pembangun Piramida Besar

Marie Curie   fisikawan penemu radioaktif

Benjamin Franklin    Politikus Amerika dan penemu penangkal petir

Mohandas Karamchand Gandhi    Pemimpin India dan pembaharu Hindu

Abraham Lincoln      Presiden ke-16 AS, memimpin selama Perang Sipil AS

Ferdinand Magellan Navigator, memberi nama Samudra Pasifik, pertama kali mengelilingi dunia

Leonardo da Vinci    Seniman, penemu




Remember: "Do not let yourself left by the train"
  _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _

Msg:  WORLDCommunity
JOIN theCLUB If 'U' Think 'U'Are the 18Group of People!
The GOLDMINE  1WORLDCommunity Should Render Back the Trusts to Those to Whom 
Their Due:  (@18 group of peoples) Poor People, Orphan, Single Mother, Single Father, Student, Low In come, Jobless, Disable, Patient, Old Citizen, Prisoner, BANKRUPTCY, Farmers, Fishermen, Rich People, All Races, All Country and All Government in the Whole WORLD.

TheWORLD  for free !   NewWORLDPrinciple
Property Assets   "It's Not for Sale, It's Not for Bought, It's Free!
* House * Car * @ Education/College/University * @ ELETRICAL Goods * Air Con * PC
Laptops * Home Theatre * FURNITURE * Sofa Bed * Set * Bath * Sauna Kitchen Cabinet 
* Dining Table * Vacation * Holiday * Hotels * Haj * Air Flight * Insurance 
 (Hospital/Funeral/Death/Pension).

WORLD SOLUTION: * Poverty Recession Killer Killer * Global Peace *
Be the first!  JOIN   1WORLDCommunity ForYourCountry!!!

Remember:

Do Not Against the Destiny!

Be A Millionaire @21Century 'U' Do not Ask Why 

'U' Ask  Why Not "