Sunday, 18 September 2011

Bayan Masturat . . .


Note: All English verses are translations of the meanings of the Qur'an which was revealed in Arabic

God Almighty says in the Holy Quran: "By Time, Indeed, mankind is in loss, Except for those who have believed and done righteous deeds and advised each other to truth and advised each other to patience." 

Firman Allah Ta’ala: ‘Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar’. (Qur'an, Al-Asr 103)


 

Keajaiban Usaha Rasulullah صلى الله عليه وسلم..



Pembayan: Jemaah 2 bulan masturat yang hendak ke New Caledonia & New Zealand.

Tempat: Taman Ehsan, Kepong, Kuala Lumpur.

Ringkasan . . .

Usaha dakwah seperti air hujan. Jika hujan di tempat yang kontang seperti padang pasir pun maka tempat itu akan subur menjadi wadi. Tetapi jika hujan tidak turun walaupun di tempat yang subur dan hijau, maka lambat laun tempat itu akan menjadi kontang dan mati.

Satu jemaah dari Pakistan telah dihantar ke Rusia dan telah bertemu dengan seorang ulama. Ulama itu menceritakan bahawa pada satu masa dulu semasa kominis, 60 ulama di tempatnya telah dibunuh dengan memasukkan mereka ke dalam mesin pemecah batu di lombong batu. Dia telah terselamat kerana sentiasa membawa botol arak sebagai helah.

Selepas itu ulama tersebut telah menangis dan menangis dan berkata bahawa ulama2 tersebut telah dibunuh kerana tidak buat kerja seperti yang kamu buat sekarang.

Allah turunkan azab di tempat2 orang Islam untuk rotan umat ini kerana berlaku zalim. Zalim kerana tinggalkan perintah Allah yang utama untuk umat ini iaitu usaha dakwah. Kita kata Amerika & the gang zalim tetapi kitalah yang sebenarnya zalim.

Di akhirat nanti sebahagian dari umat ini akan dihalau sebanyak 3 kali dari telaga Kauthar oleh Nabi Sallallaahu`Alayhi-waa-Sallam sendiri kerana ketika di dunia tidak pernah mengerutkan dahi apabila melihat kerosakan pada agama. Sekali halau mereka akan jauh dari Nabi Sallallaahu`Alayhi-waa-Sallam sejauh mata memandang.

Allah telah beri diri dan harta kepada kita supaya dapat digunakan untuk membina dan memajukan agama. Tetapi bila diri dan harta disalah guna maka akan jadi penyakit dan masalah. Sama seperti penggunaan dadah pada asalnya adalah sebagai ubat tetapi bila disalah guna akan jadi sebab kerosakan. Bila umat ini guna diri dan harta untuk agama maka agama akan maju tetapi bila guna untuk dunia maka dunia akan maju.

Jemaah pertama yang dihantar ke Perancis adalah jemaah dari Bangladesh pada tahun 1983. Pada masa itu tiada satu masjid pun di sana walaupun ada 4 juta orang Arab. Jemaah telah menyewa sebuah bilik dan memulakan usaha di sana. Sekarang telah ada 2000 buah masjid. Markas di St Denim setinggi 3 tingkat akan penuh setiap kali azan dilaungkan.

Elders kata bila usaha Nabi dibuat maka kota London & Paris akan bertukar seperti kota Mekah & Madinah iaitu hidupnya amalan agama. Tetapi bila usaha tak dibuat maka kota Mekah & Madinah akan menjdi seperti kota London & Paris iaitu tempat bershopping.

Di markas London telah boleh azan menggunakan loudspeaker. Gereja2 banyak ditukar kepada masjid. Gereja dibeli dengan harga murah kerana tiada sambutan orang ramai walaupun loceng dibunyikan setiap hari. Bukan puluhan tapi ratusan gereja ditukar sehingga perlimen Britain mengharamkan penjualan gereja kepada mana2 badan. Kiblat gereja adalah ke masjidil Aqsa, jadi bila ditukar kepada masjid maka kedudukan kiblat diubah beberapa darjah sahaja ke kanan iaitu ke arah kaabah.

Sepanyol dulunya adalah negara Islam tetapi bila usaha Nabi ditinggalkan maka masjid2 telah menjadi muzium, gudang, kilang dan sebagainya. Berkat dari usaha jemaah2 yang bergerak maka sekarang masjid Cardoba di Sepanyol yang sekarang telah menjadi muzium dan bar telah dibuka sedikit ruang untuk kegunaan orang Islam menunaikan solat. Jika dulu jemaah2 dihantar untuk desak kerajaan Sepanyol ubah masjid Cordoba dari muzium dan bar kepada masjid sebenar maka ini tak akan berjaya. Tetapi dengan usaha Nabi, sedikit demi sedikit Allah buat perubahan.

Ada tempat2 lain yang tiada masjid, bila jemaah dihantar ke sana maka orang Islam di sana mula bartaubat dan bersolat serta mengamalkan agama. Mereka bersolat di jalan2, di taman2 dan di mana sahaja sehingga kerajaan tempatan di situ terpaksa buat masjid untuk orang Islam beribadat. Jika dulu jemaah2 dihantar untuk desak kerajaan tu buat masjid maka tak akan Berjaya???

Bila kaum wanita ada fikir agama maka mereka akan didik anak2 cara hidup agama. Halakah ta'lim dan muzakarah sifat sahabat perlu dibuat di rumah setiap hari selama satu jam supaya dapat tanam jiwa agama kepada anak2.

Jika tidak anak2 akan terpengaruh dengan kartun, robot, hantu dan lain-lain. Wanita juga akan jadi penggalak suami dan anak2 untuk beri pengorbanan untuk agama dan keluar di jalan Allah. Seperti isteri2 Nabi Sallallaahu`Alayhi-waa-Sallam dan sahabiah Radhiyallahu Anha yang galakkan suami dan anak2 mereka.

Yakinlah bahawa setiap susah payah kita untuk agama akan pasti diganjari oleh Allah di akhirat dengan ganjaran yang besar. Setiap amal yang dibuat ketika keluar di jalan Allah akan digandakan sekurang2nya 700,000 kali ganda malah lebih lagi.

Tashkil:

Untuk belajar usaha ini maka kita kita diminta keluar jemaah masturat 3 hari, 10 atau 15 hari dan 40 hari IPB. (India, Pakistan, Bangladesh)


Emerging

Tapak Yusof Ghani terima Jemaah Masturat


Baru balik dari keluar 3 hari masturat kat seksyen 8, Shah Alam. Rumah HjYusof Ghani, pelukis tersohor tanahair . . . pehh.. dari berbagai golongan manusia yang Allah pilih untuk buat usaha agama nih . . .

Dan bayan hidayat 10.00 pagi waktu Malaysia, 31 Julai 2010 kat Bandar Baru Sri Petaling.. Alhamdulillah jemaah sempurna dari Kepong. Kami 6 pasang termasuk 2 pasang yang first time keluar 3 hari masturat . . .

Dan yang x best nya . . . aku diputus jadi amir sab . . . alamatnya jadi jemaah berkelah le 

Tapak Yusof Ghani

Dan sampai kat rumah masturat pukul 12.45tgh. Mula-mula agak terkujat terkejut sket.. Aku ingatkan salah rumah.. Besar gilak rumahnya.. Aku ngan kawan-kawan dijemput masuk untuk check rumah.. Gayat la pulak.. Tapi cam biasa la.. kontrol hensem.

Dan Hj Yusof ni pulak ramah sesangat.  Suka bercerita . . . pasal lukisan . . . pasal zaman masjid India . . . family dia pun karkun belaka.. Adik kepada arwah Hj Zainal RTM.

Dan sebahagian rumah adalah galeri lukisan . . . sapa nak gi melawat dan nak beli lukisan.. boleh contact aku . . . heheh . . . ada la komisen untuk aku sket.

Ruang Pameran

Ideologi Manusia


Arca

Ntah Apa Ntah


72Golongan Dari Umat Ini


Awakening


Bayan kat Talam

Dan 3 hari makan minum kami ditaja oleh tuan rumah..

Dan ramai yang datang ziarah jemaah termasuk orang Ipoh dan Padang Jawa..

dan tuan rumah azam keluar 40 hari masturat bulan Nov nih..

Dan bayan wafsi jam 5.45 ptg, 02 Ogos 2010 oleh Dr Noorman Masrek.. tengkiu Dr sab..

Dan lepas isyak.. makan sate..

Dan balik rumah


Saturday, 17 September 2011

Very Emotional Dua by Sheikh Hani Ar-Refai.. P1



Mari kita ambik peluang bila rasa sedih utk merintih padaNYA . . . . kerana kita tidak sempurna dan tidak lari melakukan kesilapan . . .  SubhanAllah . . .What a dua . . . I will never forget this night . . It will keep you cry for hours  SubhanAllah . . .

Please Spread the WORD: AGAMA YATIM . . .
by Hamden Bolly on Friday, September 16, 2011 at 5:08pm

Wahai manusia sesunguhnya agama Allah hari ini telah jadi YATIM, jangan kita terlepas pandang dengan hakikat ini????????? Wahai manusia apa ertinya agama minta tolong??? atau tolonglah agama???   Itulah yang dinamakan yatim!!!

1. Memberi Salam menjadi kehairanan bagi umat Islam

2. Suami menjaga Isteri dan anak bermati-matian tanpa memperdulikan agamaAllah

3. Perempuan membuka aurat dianggap biasa

4. lelaki perempuan bergual bebas dianggap biasa

5. Banyak hal agama diketepikan contohnya amalan-amalan RIBA berleluasa malah digalakkan . . .

INGATLAH: hadis menyebut 999 dari 1000 anak cucu Adam akan menjadi ahli neraka dan hanya 1 sahaja yang berjaya memasuki syurga. MaaSyaaAllah!

99.9 peratus penduduk dunia ini adalah manusia yang akan disiksa di akhirat, "999 dari 1000 manusia dimuka bumi ini adalah yakjuj dan makjuj", kata Rasulullah Sallallaahu`Alayhi-waa-Sallam, Alangkah besarnya kerosakan ini, kerosakan akidah adalah kerosakan yang paling parah dan trajis, mengheret ramai manusia ke neraka.

Allah Subhanahuwataala telah berjanji menyediakan neraka untuk manusia yakjuj dan makjuj ini. Mereka telah rosak (agamanya) dan cuba merosakkan orang lain pula melalui kepercayaan baru yg mereka anuti dipanggil: Sains dan Teknologi . . .

Wahai manusia pada waktu itu, penduduk DUNIA hanyalah sekitar 7 juta orang sahaja atau mungkin kurang dari jumlah tersebut. Kiraan dibuat perdasarkan perangkaan yang ada pada hari ini, jumlah penduduk dunia dianggarkan sebanyak 6.7 billion orang. Kadar pertambahan yang direkodkan ialah melebihi 2.0% setahun (lebih kurang 160 juta). Jika kita ambil kiraan dari perangkaan ini, bilangan penduduk bumi hanyalah 7 juta orang sahaja. (0.1% dari jumlah 7 billion).

Fikir-fikirkanlah dengan perhitungan ini, sesungguhnya Allah Subhanahuwataala yang Maha penghitung . . .

hambaAllah, hamdenbolly.



UMATi 'Law Kaana Bainana' . . .


Khutbah Terakhir Nabi Muhammad Rasulullah Sallalla-hu-Alayhi-was-Sallam.


Kutbah ini disampaikan pada 9 Zulhijah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah.

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kata ku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap muslim sebagai amanah suci.

Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Jangan kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.

Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.

Allah telah mengharamkan riba (kezaliman atau Penindasan), oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.

Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarkanlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan!, dan tunaikan zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadat haji sekiranya kamu mampu.

Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak akan ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.

Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kata ku yang telah aku sampaikan kepada kamu.

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al Quran dan Sunnah ku.

Hendaknya orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.

Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah ku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hambaMU




Last Sermon Of Prophet Muhammad Sallalla-hu-Alayhi-was-Sallam. Kutbah were presented at the 9th of Dhul-Hijjah 10 AH in the Valley Of the Year Uranah, Mount Arafat.
O people, listen carefully to what I said. I do not know if I can meet you again after this year. So listen carefully my words and give it to those who can not be here today.


O People, just as you regard this month, and this city as sacred, so regard the life and property of every Muslim as a sacred trust.

Return the goods entrusted to you to their rightful owners.
Do not hurt anyone so that others can not hurt you again.
Remember that you will find the Lord and He will make a calculation on all deeds.

He has forbidden usury (R i b a), therefore all matters involving the Riba canceled for now.

Beware of Satan for the safety of your religion.

He gave up lead you astray in big things, so be vigilant that you do not follow him in small things.

O people, as you have rights over your wives, they also have rights over you. If they abide by their right over you, they are also entitled to be fed and clothed in kindness.

Do treat your women well, be kind to them because they are your partners and committed helpers. And your right was that they simply can not include people who you do not like in your house and commit adultery.

O people, listen to hard words, worship Allah, establish regular prayer five times a day, fast in Ramadan!, And the charity of your wealth. Hajj pilgrimage if you can afford.

Know that every Muslim is a brother to other Muslims. You all are the same, no one is nobler than anything else, except in piety and good deeds.

Remember that you will be with God one day to responsible above all what you did. So beware that you never deviated from the path of righteousness after I am gone.

O People, no prophet and apostle will come after me and no new faith will be born.

Therefore, O man, measure and understand my words which I convey to you.

I leave behind me two things, that if you hold fast and follow both, you will never get lost forever. That the Qur'an and my Sunnah.

Let those who hear my words, convey to others is the last hope to better understand my words from those who continue to hear from me.

Bear witness, O Allah, have I conveyed that message to thy slaves.

Friday, 16 September 2011

Madyan Part 2



Note: All English verses are translations of the meanings of the Qur'an which was revealed in Arabic

God Almighty says in the Holy Quran: "By Time, Indeed, mankind is in loss, Except for those who have believed and done righteous deeds and advised each other to truth and advised each other to patience." 

Firman Allah Ta’ala: ‘Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar’. (Qur'an, Al-Asr 103)






















Nabi Allah Syu'aib Alayhis Sallam. Kisah Para Nabi dan Rasul dalam Al-Quran. Dakwah Nabi Allah Syu'aib Alayhis Sallam

Syu'aib (Shuayb, Shuaib, Shuaib, Syuaib) artinya "Yang Menunjukkan Jalan Kebena-ran" Allah mengutus Nabi Allah Syu'aib Alayhis Sallam kepada penduduk Madyan yang berada di bagian barat laut Hijaz, tepatnya di daerah Al-Bada'.

Allah berfirman:


"Dan (Kami telah mengutus) kepada penduduk Madyan saudara mereka, Syuaib. Ia berkata: "Hai kaumku, sembahlah Allah, Tidak ada ilah (sembahan) bagimu selainNya.

Sesungguhnya telah datang kepadamu bukti yang nyata dari Tuhanmu. Maka sempurnakanlah takaran dan timbangan dan janganlah kamu kurangkan bagi manusia barang-barang takaran dan timbangannya, dan janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi sesudah Tuhan memperbaikinya.

Yang demikian itu lebih baik bagimu jika betul-betul kamu orang-orang yang beriman". "Dan janganlah kamu duduk di tiap-tiap jalan dengan menakuti-nakuti dan menghalang-halangi orang yang beriman dari jalan Allah, dan menginginkan agar jalan Allah itu menjadi bengkok.

Dan ingatlah di waktu dahulunya kamu berjumlah sedikit, lalu Allah memperbanyak jumlah kamu. Dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang berbuat kerusakan." (Surah Al-A'raf 7: Ayat 85-86).

Penduduk Madyan adalah orang-orang pandai berdagang dan bertani. Hanya saja mereka sering menipu dan licik dalam berinteraksi terhadap sesama.

Jika membeli barang milik orang lain, mereka minta agat takaran atau timbangannya dilebihkan dari ukuran hak mereka. Sebaliknya, jika menjual, mereka akan berlaku curang dan mengurangi timbangan atau takaran yang menjadi hak orang lain.
Nabi Syu'aib melarang mereka melakukan perbuatan tersebut dan mengingatkan akibat dari perbuatan tercela itu. Namun, mereka tidak mengindahkannya sebagaimana disebutkan dalam Al-Qur'an,

"Wahai nenek moyang kami atau melarang kami mengelola harta kami menurut cara yang kami kehendaki?. Sesungguhnya engkau benar-benar orang yang sangat penyantun dan pandai." (QS. Hud 11: Ayat 87).


Penduduk Madyan telah menempuh jalan2 sesat, menyekutukan Allah, mengancam Nabi Syu'aib dan orang-orang yang beriman dengan siksaan serta pengusiran. Hal ini sebagaimana terekam dalam Al-Qur'an,

"Pemuka-pemuka yang menyombongkan diri dari kaum Sy'uaib "Sesungguhnya kami akan mengusir kamu hai Syu'aib dan orang-orang yang beriman bersamamu dari negeri kami, kecuali kamu kembali kepada agama kami". Berkata Syuaib: "Dan apakah (kamu akan mengusir kami), kendatipun kami tidak menyukainya?" (Surah Al-A'raf 7: Ayat 88).

Kemudian berlakulah Sunatullah terhadap orang-orang yang zhalim setelah mereka tetap dalam kebatilannya dan berada pada jalan yang sesat. Allah berfirman,

"Pemuka-pemuka dari kaumnya (Syu'aib) yang kafir berkata (kepada sesamanya): "Sesungguhnya jika kalian mengikuti Syu'aib, tentu kamu jika berbuat demikian (menjadi) orang-orang yang merugi'.

Kemudian mereka ditimpa gempa, maka jadilah mereka mayat-mayat yang bergelimpangan di dalam rumah-rumah mereka, (yaitu) orang-orang yang mendustakan Syu'aib seolah-olah mereka belum pernah berdiam di kota itu; orang-orang yang mendustakan Syu'aib mereka itulah orang-orang yang merugi.

Maka Syu'aib meninggalkan mereka seraya berkata: "Hai kaumku, sesungguhnya aku telah menyampaikan kepadamu amanat-amanat Tuhanku dan aku telah memberi nasehat kepadamu. Maka bagaimana aku akan bersedih hati terhadap orang-orang yang kafir?" (Surah Al-A'raf 7: Ayat 90-93).

Lalu Allah mengutus Nabi Syu'aib kepada Ashabul Aikah (Penduduk Aikah) di daerah Tabuk. Demikianlah menurut riwayat sejarawan yang paling kuat. Allah berfirman, "Penduduk Aikah telah mendustakan rasul-rasul; ketika Syuaib berkata kepada mereka: "Mengapa kamu tidak bertakwa? Sesungguhnya aku adalah seorang rasul kepercayaan (yang diutus) kepada kalian. maka bertakwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku," (QS. Asy-Syu'ara 26: Ayat 176-179).

Kata Al-Aikah bermakna semak belukar yang melilit pepohonan. Bentuk jamaknya adalah Aik. Mereka pun mulai menyembah Aikah tersebut dan tidak menyembah Allah. Disamping itu, mereka juga selalu berbuat curang dalam timbangan dan takaran. Nabi Allah Syu'aib Alayhis Sallam selalu mengingatkan mereka tentang akibat dari perbuatan tersebut, tetapi mereka selalu menentangnya.

Kisah ini terakam dalam firman Allah,


"Mereka berkata: "Sesungguhnya kamu adalah salah seorang dari orang-orang yang kena sihir, dan kamu tidak lain melainkan seorang manusia seperti kami, dan sesungguhnya kami yakin bahwa kamu benar-benar termasuk orang-orang yang berdusta. Maka jatuhkanlah atas kami gumpalan dari langit, jika kamu termasuk orang-orang yang benar. Syu'aib berkata:

"Tuhanku lebih mengetahui apa yang kamu kerjakan". Kemudian mereka mendustakan Syu'aib, lalu mereka ditimpa adzab pada hari mereka dinaungi awan. Sesungguhnya adzab itu adalah adzab hari yang besar.

Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kekuasaan Allah), tetapi kebanyakan mereka tidak beriman. Dan sungguh, Rabbmu Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang ," (Surah Asy-Syu'ara 26: Ayat 185-191).

Ringkasan Kisah Syu'aib . . .

Syu'aib ditetapkan oleh Allah untuk menjadi seorang Nabi yang tinggal di timur Gunung Sinai kepada kaum Madyan dan Aikah. Yaitu kaum yang tinggal di pesisir Laut Merah di tenggara Gunung Sinai.

Masyarakat tersebut disebut karena terkenal perbuatan buruknya yang tidak jujur dalam timbangan dan ukuran. Mereka menyembah berhala bernama Aikah, yaitu sebidang tanah gurun yang ditumbuhi pepohonan.

Nabi Allah Syu'aib Alayhis Sallam memperingatkan perbuatan mereka yang jauh dari ajaran agama, namun kaumnya tak menghiraukannya. Nabi Allah Syu'aib Alayhis Sallam  menceritakan pada kaumnya kisah-kisah utusan-utusan Allah terdahulu yaitu kaum Nuh, Hud, Shaleh, dan Luth yang paling dekat dengan Madyan yang telah dibinasakan Allah karena enggan mengikuti ajaran Nabi. Namun, mereka tetap enggan. Akhirnya, Allah menghancurkan kaum Madyan dengan bencana.

Ketika berdakwah bagi kaum Madyan, Nabi Allah Syu'aib Alayhis Sallam menerima ejekan masyarakat yang tidak mau menerima ajarannya karena mereka enggan meninggalkan sesembahan yang diwariskan dari nenek moyang kepada mereka. Namun, Nabi Allah Syu'aib Alayhis Sallam tetap sabar dan lapang dada menerima cobaan tersebut.

Ia tidak pernah membalas ejekan mereka dan tetap berdakwah. Bahkan, dakwahnya semakin menggugah hati dan akal. Dalam berdakwah kadang ia memberitahukan bahwa dia sebenarnya sedarah dengan mereka.

Hal ini memiliki tujuan agar kaumnya mau menuju jalan kebenaran. Karena itulah ia diangkat menjadi Rasul Allah yang diutus bagi kaumnya sendiri. Nabi Allah Syu'aib Alayhis Sallam yang saat itu memiliki beberapa pengikut, mulai mendapat ejekan kasar dari kaum lain. Bahkan ada yang menganggapnya sebagai penyihir dan pesulap ulung.

Allah menimpakan azab melalui beberapa tahap. Kaum Madyan pada awalnya diberi siksa Allah melalui udara panas yang membakar kulit dan membuat dahaga. Saat itu, pohon dan bangunan tidak cukup untuk tempat berteduh mereka. Namun, Allah memberikan gumpalan awan gelap untuk kaum Madyan.

Kaum Madyan pun menghampiri awan itu untuk berteduh sehingga mereka berdesak-desakan dibawah awan itu. Hingga semua penduduk terkumpul, Allah menurunkan petir dengan suaranya yang keras di atas mereka. Saat itu juga Allah menimpakan gempa bumi bagi mereka, menghancurkan kota dan kaum Madyan.

Makam Syu'aib terpelihara dengan baik di Yordania yang terletak 2 km barat kota Mahis dalam kawasan yang disebut Wadi Syu'aib. Situs lain yang dikenal sebagai makam Syu'aib terletak di dekat Horns of Hattin di Lower Galilee.

Kisah Syu'aib dalam Al-Qur'an . . .

Di dalam Al-Quran, nama Syu'aib, disebutkan sebanyak 19 kali, yaitu:

Surat Al A'Raaf 7: ayat 85, 88, 90, 92, dan 93.

Surat Huud (Hud) 11: ayat 84, 85, 87, 88, 91, 92, dan 94

Surat Asy Syu'araa 26: ayat 177, 188, dan 189

Surat Al-Qashash (Al-Qasas) 28 : ayat 25 dan 27

Surat Al-'Ankabuut (Al-'Ankabut) 29: ayat 36 dan 37

Pada Surat Al A'Raaf 7: ayat 85-88, Firman Allah Taala:

Dan (Kami telah mengutus) kepada penduduk Madyan saudara mereka, Syuaib. Ia berkata: "Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada Tuhan bagimu selainNya. Sesungguhnya telah datang kepadamu bukti yang nyata dari Tuhanmu.

Maka sempurnakanlah takaran dan timbangan dan janganlah kamu kurangkan bagi manusia barang-barang takaran dan timbangannya, dan janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi sesudah Tuhan memperbaikinya.

Yang demikian itu lebih baik bagimu jika betul-betul kamu orang-orang yang beriman". Dan janganlah kamu duduk di tiap-tiap jalan dengan menakuti-nakuti dan menghalang-halangi orang yang beriman dari jalan Allah, dan menginginkan agar jalan Allah itu menjadi bengkok.

Dan ingatlah di waktu dahulunya kamu berjumlah sedikit, lalu Allah memperbanyak jumlah kamu. Dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang berbuat kerusakan.

Jika ada segolongan daripada kamu beriman kepada apa yang aku diutus untuk menyampaikannya dan ada (pula) segolongan yang tidak beriman, maka bersabarlah, hingga Allah menetapkan hukumnya di antara kita; dan Dia adalah Hakim yang sebaik-baiknya.

Pemuka-pemuka dan kaum Syuaib yang menyombongkan dan berkata: "Sesungguhnya kami akan mengusir kamu hai Syuaib dan orang-orang yang beriman bersamamu dari kota kami, atau kamu kembali kepada agama kami". Berkata Syuaib: "Dan apakah (kamu akan mengusir kami), kendatipun kami tidak menyukainya?"

Pada Surat Al A’Raaf 7: ayat 89-93, Firman Allah Taala:

Sungguh kami mengada-adakan kebohongan yang benar terhadap Allah, jika kami kembali kepada agamamu, sesudah Allah melepaskan kami dari padanya. Dan tidaklah patut kami kembali kepadanya, kecuali jika Allah, Tuhan kami menghendaki (nya). Pengetahuan Tuhan kami meliputi segala sesuatu. Kepada Allah sajalah kami bertawakkal. Ya Tuhan kami, berilah keputusan antara kami dan kaum kami dengan hak (adil) dan Engkaulah Pemberi keputusan yang sebaik-baiknya.

Pemuka-pemuka kaum Syuaib yang kafir berkata (kepada sesamanya): "Sesungguhnya jika kamu mengikuti Syuaib, tentu kamu jika berbuat demikian (menjadi) orang-orang yang merugi". Kemudian mereka ditimpa gempa, maka jadilah mereka mayat-mayat yang bergelimpangan di dalam rumah-rumah mereka, (yaitu) orang-orang yang mendustakan Syuaib seolah-olah mereka belum pernah berdiam di kota itu; orang-orang yang mendustakan Syuaib mereka itulah orang-orang yang merugi.

Maka Syuaib meninggalkan mereka seraya berkata: "Hai kaumku, sesungguhnya aku telah menyampaikan kepadamu amanat-amanat Tuhanku dan aku telah memberi nasehat kepadamu. Maka bagaimana aku akan bersedih hati terhadap orang-orang yang kafir?"

Pada Surat Hud 11: ayat 84-90, Firman Allah Taala:

Kepada (penduduk) Madyan (Kami utus) saudara mereka, Syuaib. Ia berkata: "Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tiada Tuhan bagimu selain Dia. Dan janganlah kamu kurangi takaran dan timbangan, sesungguhnya aku melihat kamu dalam keadaan yang baik (mampu) dan sesungguhnya aku khawatir terhadapmu akan azab hari yang membinasakan (kiamat)." Dan Syuaib berkata:

"Hai kaumku, cukupkanlah takaran dan timbangan dengan adil, dan janganlah kamu merugikan manusia terhadap hak-hak mereka dan janganlah kamu membuat kejahatan di muka bumi dengan membuat kerusakan. Sisa (keuntungan) dari Allah adalah lebih baik bagimu jika kamu orang-orang yang beriman.

Dan aku bukanlah seorang penjaga atas dirimu" Mereka berkata: "Hai Syuaib, apakah shalatmu menyuruh kamu agar kami meninggalkan apa yang disembah oleh bapak-bapak kami atau melarang kami memperbuat apa yang kami kehendaki tentang harta kami.

Sesungguhnya kamu adalah orang yang sangat penyantun lagi berakal." Syuaib berkata: "Hai kaumku, bagaimana fikiranmu jika aku mempunyai bukti yang nyata dari Tuhanku dan dianugerahiNya aku dari padaNya rezeki yang baik (patutkah aku menyalahi perintah-Nya)?

Dan aku tidak berkehendak menyalahi kamu (dengan mengerjakan) apa yang aku larang. Aku tidak bermaksud kecuali (mendatangkan) perbaikan selama aku masih berkesanggupan. Dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan (pertolongan) Allah. Hanya kepada Allah aku bertawakkal dan hanya kepadaNya-lah aku kembali.

Hai kaumku, janganlah hendaknya pertentangan antara aku (dengan kamu) menyebabkan kamu menjadi jahat hingga kamu ditimpa azab seperti yang menimpa kaum Nuh atau kaum Hud atau kaum Shaleh, sedang kaum Luth tidak (pula) jauh (tempatnya) dari kamu. Dan mohonlah ampun kepada Tuhanmu kemudian bertaubatlah kepadaNya. Sesungguhnya Tuhanku Maha Penyayang lagi Maha Pengasih.

Pada Surat Hud 11: ayat 91-94, Firman Allah Taala:

Mereka berkata: "Hai Syuaib, kami tidak banyak mengerti tentang apa yang kamu katakan itu dan sesungguhnya kami benar-benar melihat kamu seorang yang lemah di antara kami; jika tidaklah karena keluargamu tentulah kami telah merajam kamu, sedang kamupun bukanlah seorang yang berwibawa di sisi kami." Syuaib menjawab:

"Hai kaumku, apakah keluargaku lebih terhormat menurut pandanganmu daripada Allah, sedang Allah kamu jadikan sesuatu yang terbuang di belakangmu?. Sesungguhnya (pengetahuan) Tuhanku meliputi apa yang kamu kerjakan." Dan (dia berkata): "Hai kaumku, berbuatlah menurut kemampuanmu, sesungguhnya aku pun berbuat (pula).

Kelak kamu akan mengetahui siapa yang akan ditimpa azab yang menghinakannya dan siapa yang berdusta. Dan tunggulah azab (Tuhan), sesungguhnya aku pun menunggu bersama kamu." Dan tatkala datang azab Kami, Kami selamatkan Syuaib dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengan dia dengan rahmat dari Kami, dan orang-orang yang zalim dibinasakan oleh satu suara yang mengguntur, lalu jadilah mereka mati bergelimpangan di rumahnya.


Pada Surah Asy Syu'araa 26: ayat 177, 188, dan 189, Firman Allah Taala:

Surah 26 Ayat 177: ketika Syuaib berkata kepada mereka: "Mengapa kamu tidak bertakwa?,

Surah 26 Ayat 188: Syuaib berkata: "Tuhanku lebih mengetahui apa yang kamu kerjakan".

Surah 26 Ayat 189: Kemudian mereka mendustakan Syuaib, lalu mereka ditimpa 'azab pada hari mereka dinaungi awan. Sesungguhnya azab itu adalah 'azab hari yang besar.

Pada Surat Al-Qashash (Al-Qasas) 28: ayat 25 dan 27, Firman Allah Ta'ala:

Kemudian datanglah kepada Musa salah seorang dari kedua wanita itu berjalan kemalu-maluan, ia berkata: "Sesungguhnya bapakku memanggil kamu agar ia memberikan balasan terhadap (kebaikan)mu memberi minum (ternak) kami".

Maka tatkala Musa mendatangi bapaknya (Syuaib) dan menceritakan kepadanya cerita (mengenai dirinya), Syuaib berkata: "Janganlah kamu takut. Kamu telah selamat dari orang-orang yang zalim itu". Salah seorang dari kedua wanita itu berkata: "Ya bapakku ambillah ia sebagai orang yang bekerja (pada kita), karena sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (pada kita) ialah orang yang kuat lagi dapat dipercaya".

Berkatalah dia (Syuaib): "Sesungguhnya aku bermaksud menikahkan kamu dengan salah seorang dari kedua anakku ini, atas dasar bahwa kamu bekerja denganku delapan tahun dan jika kamu cukupkan sepuluh tahun maka itu adalah (suatu kebaikan) dari kamu, maka aku tidak hendak memberati kamu. Dan kamu Insya Allah akan mendapatiku termasuk orang-orang yang baik".

Pada Surat Al-'Ankabuut 29: ayat 36 dan 37, Firman Allah Ta'ala:

Dan (Kami telah mengutus) kepada penduduk Madyan, saudara mereka Syuaib, maka ia berkata: "Hai kaumku, sembahlah olehmu Allah, harapkanlah (pahala) hari akhir, dan jangan kamu berkeliaran di muka bumi berbuat kerusakan". Maka mereka mendustakan Syuaib, lalu mereka ditimpa gempa yang dahsyat, dan jadilah mereka mayat-mayat yang bergelimpangan di tempat-tempat tinggal mereka.


Rujukan . . .

Sami bin Abdullah bin Ahmad Al-Maghluts, Atlas Sejarah Para Nabi dan Rasul, Mendalami Nilai-nilai Kehidupan yang Dijalani Para Utusan Allah, Obeikan Riyadh, Almahira 2008.

Dr. Syauqi Abu Khalil, Atlas Al-Quran, Membuktikan Kebenaran Fakta Sejarah yang Disampaikan Al-Qur'an secara Akurat disertai Peta dan Foto, Dar al-Fikr Damaskus, Almahira 2008. Ibnu Katsir, Qishashul Anbiyaa', hlm 24. Ibnu Asakir, Mukhtashar Taarikh Damasyaqa, IV/224. Ats-Tsa'labi, Qishashul Anbiyaa' (Al-Araa'is), hlm 36. Tim DISBINTALAD (Drs. A. Nazri Adlany, Drs. Hanafi Tamam, Drs. A. Faruq Nasution), Al-Quran 2004. Departemen Agama RI, Yayasan Penyelenggara Penerjemah/Penafsir Al-Quran, Syaamil Al-Quran Terjemah PerKata, Syaamil International, 2007. 

Alquran.bahagia.us, keislaman.com, dunia-islam.com, Al-Quran web, PT. Gilland Ganesha, 2008. Muhammad Fu'ad Abdul Baqi, Mutiara Hadist Shahih Bukhari Muslim, PT. Bina Ilmu, 1979. Al-Hafizh Zaki Al-Din 'Abd Al-'Azhum Al Mundziri, Ringkasan Shahih Muslim, Al-Maktab Al-Islami, Beirut, dan PT. 2008. M. Nashiruddin Al-Albani, Ringkasan Shahih Bukhari, Maktabah Al-Ma'arif, Riyadh, dan Gema Insani, Jakarta, 2008. Al-Bayan, Shahih Bukhari Muslim, Jabal, 2008. Muhammad Nasib Ar-Rifa'i, Kemudahan dari Allah, Ringkasan Tafsir Ibnu Katsir, Maktabah al-Ma'arif, Riyadh, dan Gema Insani, 1999.




SOLUTION: *Poverty Killer *Recession Killer  *Global Peace 
Be the First! JOIN 1WORLDCommunityForYOURCountry
Remember: 'U' Do Not Ask WHY 'U' Ask Why Not'